Dalam suasana kemeriahan hari pertama persekolahan anak-anak di TASKI-ABIM al Hidayah Miri, ahli jawatankuasa persatuan ibu bapa guru (PIBG) TASKI-ABIM iaitu Badan Keluarga ABIM (BAKA) turut hadir bersama di TASKI pada pagi tersebut.
Diketuai oleh En. Ismail Pannyau sebagai Pengerusi BAKA, ahli jawatankuasa BAKA (berpakaian merah sukaneka) membantu pihak TASKI mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan murid yang datang pada hari pertama. Pada hari tersebut memberikan ruang ajk BAKA untuk berkenal-kenalan dan beramah mesra bersama ibu bapa dan penjaga.
Santai... AJK BAKA bersama pihak pengurusan TASKI-ABIM. En. Ismail Pannyau adalah yang berkopiah hitam |
Pihak BAKA berasa syukur kerana pada tahun ini 2019, berlaku peningkatan dalam jumlah pengambilan murid berbanding tahun lepas. Bagi Tahap 1 (berumur 4 tahun) dan Tahap 2 (berumur 5 tahun), murid yang didaftarkan hampir memenuhi kuota maksima bagi setiap kelas.
Diharapkan semoga pada tahun ini BAKA bersama ibu bapa dapat berganding bahu dengan lebih erat dan padu. Semoga dengan muafakat dan perpaduan kita, menjadi asbab kepada keberkatan daripada Allah dalam kita mendidik anak-anak menjadi generasi Muslim yang berwibawa. Amiin.
“Ke Arah Pendidikan Anak Soleh”
No comments:
Post a Comment