Pembangunan

 Pembinaan Bangunan Fasa II Yayasan Al Hidayah



Dalam rangka memperkembang dan mengukuhkan pendidikan awal yang berteraskan Islam buat generasi mendatang, Yayasan Al Hidayah berperanan dalam pembinaan prasarana TASKI/Tahfiz-ABIM Al Hidayah. Pembangunan prasarana ini merangkumi Fasa I dan Fasa II.

Fasa I

Bangunan Fasa I TASKI-ABIM
Fasa I bangunan Yayasan Al Hidayah telah siap pada tahun 2008. TASKI-ABIM sebelum ini telah beroperasi di sejak 1986 sehingga 2007 di rumah sewa Lot 596 Piasau Jaya Fasa 1. Tarikh 14 April 2008 merupakan era baru bagi TASKI-ABIM Al Hidayah Miri. Kini TASKI-ABIM sudah memiliki bangunan sendiri dan masih digunakan sehingga kini (2019).

Bangunan Fasa I ini menempatkan pejabat am, enam kelas (2019) dan dua tandas berasingan untuk murid lelaki dan perempuan. 

Kedudukan sekolah yang jauh dari jalan utama memberikan keyakinan terhadap tahap keselamatan anak-anak. Persekitaran belajar yang kondusif di TASKI-ABIM menyediakan tempat yang selesa buat murid-murid. Juga, terdapat padang yang luas membolehkan pelajar TASKI/Tahfiz menjalankan aktiviti riadah dengan selamat. 

Fasa II


Yayasan Al Hidayah Miri berniat untuk melanjutkan agenda pemantapan umat ini dengan pembinaan bangunan Fasa II, iaitu Pusat Pengajian Quran (Tahfiz). Kompleks bangunan dua tingkat ini terletak bersebelahan dengan bangunan Fasa I TASKI-ABIM. Bersama dengan perencanaan Fasa II adalah sebuah surau yang dikongsi bersama oleh TASKI dan Tahfiz-ABIM. 




Kerja-kerja pembinaan asas tapak bangunan tersebut telah dilaksanakan. Berikut merupakan pelan bagi Fasa II bangunan Pusat Pengajian Quran (Tahfiz):

Pelan Fasa II








Majlis Pelancaran Rasmi 
Kerja-kerja Pembinaan Bangunan Yayasan Al Hidayah Miri

Usaha yang murni ini telah mendapat sokongan dan dokongan daripada pemimpin masyarakat. Kerja-kerja pembinaan bangunan Yayasan al Hidayah Miri Fasa II telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Hj. Ahmad Lai bin Bujang Ahli Parlimen P.218 Sibuti pada 2 Februari 2016.


Yang Berhormat Hj. Ahmad Lai bin Bujang
menyampaikan ucapan perasmian

Acara kemuncak... gimik perasmian oleh
Yang Berhormat. Turut bersama
Temenggong Hj. Abdul Rahman bin Fadzail
diiringi oleh Pengerusi BAKA, Hj. Ujut 
Acara pecah tanah  Fasa II oleh Yang Berhormat
                               
Terima kasih... Pengerusi Yayasan Al Hidayah,
Tuan Hj. Ahmad Kendong bin Abdul Khan menyampaikan
cenderahati kenang-kenangan buat Yang Berhormat

Perkembangan Fasa II

Sejak pelancaran projek ini pada awal 2016, tapak bangunan Tahfiz 2 tingkat telah disiapkan. Kini projek tersebut menumpukan perhatian kepada penyempurnaan surau yang masih dalam proses pembinaan. 
Pembinaan surau pada Jun 2016

Kunjungan pegawai
Ustaz Hj Mohamad Jol bin Ahmad
bersama rombongan JAIS
2019
Diharapkan dengan siapnya surau ini nanti, pelbagai kegunaan dapat dimanfaatkan. Anak-anak mempunyai suasana pembelajaran ibadah dengan selesa. Tambahan pula, ibu bapa dan guru boleh menggunakan surau ini untuk transit solat di sini. Dengan siapnya surau ini kelak, diharapkan pelbagai program dan aktiviti keilmuan dan kerohanian dapat dilaksanakan.   
          
Berikut adalah dana yang diperlukan dalam menyempurnakan pembinaan surau Yayasan Al Hidayah:

No.
Perkara
Kos Seunit (RM)
Kos (RM)
Catatan
1.
Tingkap (3 unit)
1,600.00
4,800.00

2.
Pintu (4 unit)
1,900.00
7,600.00

3.
Kerja mengecat bangunan surau
-
18,050.72

4.
Bahagian lantai surau
-
28,420.00

5.
Bahagian siling surau
-
23,920.000
TELAH DILUNASKAN
6.
Kerja-kerja pendawaian elektrik
-
19,153.00

7.
Kerja-kerja paip (termasuk binaan wuduk)
-
7,072.00


Pagar beranda surau
-
3595.60

JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN
88,691.32


Sumbangan anda boleh disalurkan melalui:

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

No. Akaun: 11022010004624 (Yayasan Al Hidayah Miri)
   

Sumbangan Dana Anda Diperlukan!

Dalam merealisasikan projek Fasa II ini, sudah tentu memerlukan dana yang besar. Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Al Hidayah Miri ingin menyeru ahli masyarakat terutamanya komuniti Muslim di Miri mahupun di luar Miri agar bersama-sama menginfaq (menyumbang) derma untuk kebaikan generasi mendatang. Semoga segala yang anda sumbangkan seikhlas hati, moga dikurniakan keberkatan rezeki serta diterima amal dan diredhai oleh Allah menjadi asbab pandangan Rahmat-Nya.

Anda boleh datang ke pejabat TASKI/Tahfiz-ABIM Al Hidayah Miri di                                      

Lot 2387, Jln Galing, 
Piasau Jaya Fasa 2, 
98000, Miri, Sarawak




No. Tel / Faks : 085 - 658 879

Jika anda menderma melalui transaksi atas talian (online), mohon emelkan screenshot transaksi kepada:

lamantaskiabimalhidayahmiri@gmail.com


Terima kasih sekalung budi buat perhatian anda!

"Ke Arah Pendidikan Anak Soleh"








              

No comments:

Post a Comment