![]() |
| Minggu pertama kelas TAHFIZ-ABIM al Hidayah Miri |
Alhamdulillah, seiring dengan persekolahan anak-anak TASKI-ABIM pada sebelah pagi, TAHFIZ-ABIM al Hidayah Miri juga telah berlangsung sejak hari pertama. Pada tahun 2019, sejumlah 28 peserta TAHFIZ yang telah didaftarkan meliputi tahap PRA-A (berumur 5 - 6 tahun), PRA-B (berumur 7-8 tahun), Tahap 1 (berumur 9 - 10 tahun) dan Tahap 2 (berumur 11 - 12 tahun). Kelas TAHFIZ-ABIM bermula dari 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Butiran lanjut boleh didapati di hagian TAHFIZ-ABIM (petang) dalam laman web ini.
Dalam kelas TAHFIZ-ABIM, para peserta diajarkan akan ilmu fardhu ain dan mengaji al-Quran. Hafazan al-Quran diutamakan. Testimoni daripada para ibu bapa adalah, penglibatan anak-anak mereka dalam TAHFIZ-ABIM banyak membantu menambah nilai agama dalam diri anak-anak.
![]() |
| Aktiviti-aktiviti TAHFIZ-ABIM al Hidayah Miri |
"Membentuk Generasi al-Quran"


No comments:
Post a Comment