TASKI-ABIM (Sesi Pagi)





PENDAFTARAN 2023
TASKI-ABIM AL HIDAYAH MIRI

TASKI-ABIM al-Hidayah Miri merupakan institusi pra-sekolah Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) yang ditubuhkan sejak tahun 1986 di Bandaraya Miri. 



TASKI-ABIM kini bertapak di bangunan Yayasan al Hidayah yang bertempat di taman perumahan Piasau. TASKI kami menerima murid yang berumur daripada empat, lima dan enam tahun. Sejak penubuhannya sehingga kini lebih tiga dekad, TASKI-ABIM telah menyediakan asas yang kukuh dalam pembinaan jatidiri anak-anak dengan pendidikan awal Islam dalam kalangan masyarakat Islam di Miri.

Maklumat Pendaftaran 2023

Pendaftaran dibuka sejak Julai 2022 sehingga awal Januari 2023. Ibu bapa/penjaga boleh mendaftarkan anak anda sepanjang cuti akhir tahun sekolah 2022 pada:

Hari: Isnin - Jumaat

Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahari


Tempat: Kelas Tahap 2 Taqwa, TASKI-ABIM 

Dapatkan borang pendaftaran di pejabat TASKI - ABIM al Hidayah dengan bayaran RM3.00Bersama dengan borang ini diisi mohon sediakan juga:


1. Tiga (3) keping gambar berukuran pasport

2. Dua (2) salinan sijil lahir


Peringatan:

a.   Mohon menyerahkan borang yang lengkap diisi ke pejabat TASKI dengan sesegera mungkin.

b.  Pihak kami tidak dapat memberi jaminan terhadap permohonan yang lewat  sekiranya jumlah pelajar telah penuh.

c.    Bagi pelajar yang sedang menuntut di TASKI-ABIM al Hidayah Miri (Tahap 1 dan 2), mereka diberikan keutamaan terlebih dahulu dan hanya perlu mengisi Borang Lanjutan sahaja.

d. Pembayaran boleh dibuat sewaktu pendaftaran. Ibu bapa / penjaga boleh berbincang dengan pihak TASKI jika ingin membuat pembayaran yuran awal tahun secara ansuran.


Syarat-syarat Kemasukan Sesi 2023
    a.  Tahap 1: lahir pada 2019 dan berumur 4 tahun pada 2023

    b. Tahap 2: lahir pada 2018 dan berumur 5 tahun pada 2023

   c. Tahap 3: lahir pada 2017 dan berumur 6 tahun pada 2023


Waktu Pembelajaran:

Sesi pagi:

a. Isnin - Khamis : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

b. Jumaat : 8.00 pagi - 11.00 pagi


Cuti Persekolahan

A. Cuti persekolahan TASKI adalah tertakluk kepada cuti-cuti persekolahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan juga hari cuti kebesaran / umum.

B. Bagi pelajar yang mengambil cuti lebih daripada seminggu atau berhenti, dikehendaki menulis surat rasmi ditujukan kepada Guru Besar TASKI-ABIM al Hidayah Miri.


Yuran TASKI


Yuran bulanan TASKI hendaklah dijelaskan secara BULANAN (Januari sehingga November) dengan bayaran RM200.00.

Yuran hendaklah dijelaskan sebelum atau pada minggu pertama setiap bulan.

Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan Ringgit Malaysia atau cek atas nama ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) MIRI.

Sekiranya tuan/puan gaga menjelaskan yuran tersebut, anak tuan/puan mungkin akan DIBERHENTIKAN daripada meneruskan sesi persekolahannya di TASKI.

BAKA (PIBG)
Semua ibu bapa / penjaga secara automatik menjadi ahli Badan Keluarga ABIM (BAKA) iaitu persatuan ibu bapa dan guru bagi TASKI-ABIM al Hidayah Miri. Tuan/puan dikehendaki untuk mengisi Borang Keahlian BAKA.
BAKA merupakan kumpulan sokongan terutama dari kalangan ibu bapa TASKI-ABIM untuk membantu pihak sekolah dalam menyediakan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Ibu bapa Tahfiz-ABIM juga dialu-alukan untuk menyertai BAKA. Yuran yang dikenakan adalah untuk menjalankan program atau memenuhi keperluan TASKI/Tahfiz-ABIM.


Matapelajaran
Matapelajaran yang diajar kepada pelajar TASKI adalah seperti yang berikut:

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Jawi
5. Pendidikan Islam (Sirah, Akhlak, Aqidah dan Ibadah)
6. Sains
7. Bahasa Arab
8. Asas Tulisan (Tahap 1 sahaja)
9. Bacaan Muqaddam/Tasmi
10. Aptitud (Tahap 3)
11. Pendidikan Jasmani (P.J)
12. Pendidikan Seni (P.S)


Kemasukan ke SK Agama (MIS) Miri

TASKI-ABIM al-Hidayah Miri berperanan menyediakan murid-murid Tahap 3 (6 tahun)  dalam mempersiapkan diri untuk kemasukan ke sebuah sekolah terpilih di Miri, iaitu SK Agama (MIS) Miri.

Alhamdulillah untuk kemasukan tahun 2019 ke sekolah tersebut, seramai 15 orang murid TASKI-ABIM al Hidayah telah terpilih. Ini bermakna, TASKI-ABIM menyumbang 12.5% daripada 120 murid terpilih di seluruh Miri.



Pada setiap tahun, murid diberi pilihan untuk menyertai kelas bimbingan (berbayar) yang diadakan pada setiap Sabtu selama 9 minggu. 

Namun pada tahun 2020, disebabkan penularan wabak Covid-19, norma baharu dilaksanakan. Kelas ini tidak dilangsungkan. Sebaliknya ibu bapa membayar RM15.00 untuk pembelian buku ulangkaji yang digunakan semasa persekolahan pada waktu pagi.


Butiran Bayaran Pendaftaran TASKI-ABIM al Hidayah Sesi 2022


A. PAKAIAN SERAGAM
                                  

No.
Pakaian
Harga Seunit (RM)
1.
Baju seragam lelaki          

35.00 (ss,s,m,l)
38.00 (xl,2xl,3xl)
2.
Baju seragam perempuan
35.00
(ss,s,m,l)
38.00
(xl,2xl,3xl)
3.


T-shirt

Tahap 1 (Merah)
25.00  (ss,s,m,l) 
28.00
(xl,2xl,3xl)
Tahap 2 (Biru)
25.00
(ss,s,m,l)
28.00
(xl,2xl,3xl)
Tahap 3 (Hijau)
25.00
(ss,s,m,l)
28.00
(xl,2xl,3xl)
4.
Seluar Tracksuit (Biru Tua/Hitam) 
20.00

  
B. BAYARAN AWAL TAHUN TAHAP 1 (LAHIR 2019)



No.
Perkara
Bayaran (RM)
1.
Pendaftaran (setahun)
30.00
2.
Yuran bulan Januari 2023
200.00
3.
Buku dan alat tulis (setahun)  
130.00
4.
Sukaneka; Baju Sukan & Hadiah (setahun)
40.00
5.
Muqaddam Nur Al-Hayat (setahun)
18.00
6.
Tanda nama (2 keping)
10.00
7.
Buku Laporan (setahun)
7.00
8.
Takaful
10.00
9.
Tabung Bangunan (setahun)
10.00
10.
Yuran BAKA (PIBG)
25.00
JUMLAH
480.00


C. BAYARAN AWAL TAHUN TAHAP 2 (LAHIR 2018)

No.
Perkara
Bayaran (RM)
1.
Pendaftaran (setahun)
30.00
2.
Yuran bulan Januari 2023
200.00
3.
Buku dan alat tulis (setahun)  
140.00
4.
Sukaneka; Baju Sukan dan Hadiah (setahun)
40.00
5.
Muqaddam Nur Al-Hayat (setahun)
18.00
6.
Tanda nama (2 keping)
10.00
7.
Buku Laporan (setahun)
7.00
8.
Takaful
10.00
9.
Tabung Bangunan (setahun)
10.00
10.
Yuran BAKA (PIBG)
25.00
JUMLAH
490.00


D. BAYARAN AWAL TAHUN TAHAP 3 (LAHIR 2017)



No.
Perkara
Bayaran (RM)
1.
Pendaftaran (setahun)
30.00
2.
Yuran bulan Januari 2023
200.00
3.
Buku, alat tulis dan fotostat kertas latihan (setahun)  
150.00
4.
Sukaneka (Baju sukan & hadiah) dan Konvokesyen
50.00
5.
Muqaddam Nur Al-Hayat (setahun)
18.00
6.
Tanda nama (2 keping)
10.00
7.
Buku Laporan (setahun)
7.00
8.
Takaful
10.00
9.
Tabung Bangunan (setahun)
10.00
10.
Yuran BAKA (PIBG)
25.00
JUMLAH
510.00

Semoga maklumat ini dapat membantu ibu bapa / penjaga dalam mempertimbangkan untuk anak-anak anda untuk mendapatkan pendidikan pra sekolah yang berkualiti, insyaAllah. 

Sebarang pertanyaan boleh mengunjungi atau menghubungi kami:

TASKI-ABIM Al Hidayah Miri
Lot 2387, Jln Galing,
Piasau Jaya, Fasa 2,
98000 Miri, Sarawak.

Tel/faks      : 085-658879 (Pejabat)
Whatsapp  : 012-894 7098 (Guru Besar)

Ke Arah Pendidikan Anak Soleh                      

No comments:

Post a Comment