Alhamdulillah syukur kepada Allah. Ramadhan 1440H telah selesai pada hari keenam dan kini menjengah kepada hari ketujuh. Dalam semangat Ramadhan kali ini, Badan Keluarga ABIM (BAKA) telah bersama dengan pihak sekolah menjayakan Majlis Sungkei & Tarawih TASKI/Tahfiz-ABIM Miri pada Sabtu, 6-7 Ramadhan 1440H / 11 Mei 2019.
Berbeza daripada tahun-tahun yang lepas, majlis kali ini amat bermakna kerana surau TASKI/Tahfiz-ABIM Miri yang dinanti-nanti telah pun siap dibina cukup untuk mengadakan program. Surau ini merupakan sebahagian daripada Fasa 2 pembangunan Pusat Pengajian al-Quran oleh Yayasan al Hidayah.
Turut hadir dalam program ini adalah pimpinan Yayasan al-Hidayah Miri yang menaungi TASKI/Tahfiz-ABIM al Hidayah Miri yang dipimpin oleh Tn. Hj. Ahmad Kendong bin Abdul Khan. Bersama dalam program ini juga hadir bekas-bekas guru yang pernah berkhidmat di sini dan juga ibu bapa dan anak-anak didik TASKI/Tahfiz-ABIM. Kehadiran dianggarkan mencecah 100 orang.


Program diakhiri dengan moreh atau makan-makan selepas Tarawih. Program diakhiri dengan moreh atau makan-makan selepas Tarawih. Pihak BAKA ingin merakamkan ucapan terima kasih buat individu yang terlibat dan menyumbang dalam menjayakan program ini.
Semoga program ini dipandang oleh Allah dengan redha-Nya. Moga Ramadhan ini adalah yang terbaik buat kita… amiin.
"Ke Arah Pendidikan Anak Soleh"
"Membina Generasi al-Quran"
No comments:
Post a Comment