Dimaklumkan bahawa pendaftaran anak untuk persekolahan Tahun 1 untuk sesi persekolahan tahun 2020 akan dibuka bermula 1 Mac 2019.
Pendaftaran ini adalah untuk anak-anak yang lahir pada:
Tahun Lahir
|
Umur (2019)
|
Sesi Persekolahan
|
2013
|
6 tahun
|
2020
|
2014
|
5 tahun
|
2019
|
Ibu bapa boleh mengisi borang pendaftaran di atas talian (online) menerusi laman web yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Walaubagaimanapun, laman tersebut hanya akan dapat dicapai pada 1 Mac 2019 kelak di pautan (link) Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM).
Aplikasi ini akan dapat dicapai pada 1 Mac 2019 |
Pendaftaran
Pihak persatuan ibu bapa guru TASKI-ABIM iaitu Badan Keluarga ABIM (BAKA) telah mendapatkan maklumat berkenaan pendaftaran ini melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bahagian Miri.
Pihak PPD Bahagian Miri menyarankan boleh juga terus langsung mendaftar anak ke sekolah yang diingini dengan membawa
1. Sijil Kelahiran asal anak
2. Lampiran borang SPATKPM yang telah diisi dan dicetak
Guru Besar TASKI-ABIM, Puan Hjh. Hasnah mengingatkan agar membawa bersama bil air dan elektrik bagi tujuan rujukan alamat rumah pemohon.
1. Sijil Kelahiran asal anak
2. Lampiran borang SPATKPM yang telah diisi dan dicetak
Guru Besar TASKI-ABIM, Puan Hjh. Hasnah mengingatkan agar membawa bersama bil air dan elektrik bagi tujuan rujukan alamat rumah pemohon.
Saranan Bagi yang ingin Masuk SK Agama (MIS) Miri
Bagi ibu bapa yang ingin menyekolahkan anak di SK Agama (MIS) Miri, menurut daripada taklimat 2018 yang lepas, Guru Besar iaitu Cikgu Zaidi bin Abdul Hamid menasihatkan agar ibu bapa mendaftarkan anak di sekolah biasa terlebih dahulu. Seandainya anak tidak mencapai kelayakan untuk memasuki SK Agama (MIS) Miri, beliau boleh disekolahkan di sekolah yang didaftarkan awal.
Cadangan BAKA
PIhak BAKA ingin menyarankan agar ibu bapa mengambil berat dalam mendaftar awal anak di sekolah yang dihajati. Dikhuatiri jika lambat, kemasukan murid Tahun 1 di sekolah tersebut sudahpun penuh dan terpaksa mencari kekosongan di sekolah yang lain. Kami bimbang hal ini menambahkan kesulitan di pihak anda.
Sila merujuk langsung kepada sekolah yang dihajati bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Mungkin ada perkara atau keperluan yang berbeza daripada satu sekolah dengan sekolah yang lain.
Semoga maklumat ini bermanfaat. insyaAllah kami akan membantu menyediakan maklumat ini dari semasa ke semasa.
“Ke Arah Pendidikan Anak Soleh”
No comments:
Post a Comment