Kehadiran pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Miri pada 20 November 2019, Rabu lalu amat mengujakan warga TASKI-ABIM al Hidayah Miri. Seminggu sebelum program diadakan, cerita bomba akan datang ke sekolah sudah pun tular di kalangan anak-anak. Mereka begitu bersemangat menantikan ketibaan wira dan jentera penyelamat mereka.
TASKI-ABIM al Hidayah Miri mengucapkan terima kasih atas kesudian pasukan Bomba hadir ke sekolah kami pada 2019 kali ini. Seramai 10 orang anggota Bomba dengan sebuah jentera bomba dan sebuah ambulans bomba terlibat kali ini. Pasukan ini berpangkalan di Balai Bomba Lopeng (jalan Bypass Miri) ini diketuai oleh pegawai Tuan Nasir. Bahkan ada di kalangan ahli Bomba tersebut yang menghantar anak mereka di TASKI ini.
Pada awalnya, taklimat menghadapi bahaya api dan tips keselamatan telah disampaikan oleh Tuan Nasir sendiri. Murid telah ditunjukkan amali menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan kebakaran. Taklimat tersebut amat ‘meriah’ kerana interaksi yang aktif daripada anak-anak TASKI.
Gambar: Murid menaiki kenderaan ambulans Bomba iaitu Emergency Medical Rescue Services (EMRS)
Pihak BAKA (Badan Keluarga ABIM) badan PIBG TASKI mengucapkan terima kasih kepada pasukan Bomba atas kesudian bertandang di sini. Cenderahati kepada pihak Bomba telah disampaikan oleh Pengerusi BAKA, En. Azrul bin Jaini.
Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat bermanfaat buat anak-anak dan keluarga. Semoga tabah berkhidmat menggadai nyawa demi keselamatan masyarakat. Sehingga bertemu tahun hadapan, insyaAllah.
Kenangan TASKI-ABIM al Hidayah Miri bersama Bomba, 2019 |