Tuesday, April 23, 2019

Berita Baik: Pembinaan Surau Disambung Semula


Alhamdulillah syukur kepada Allah, pembinaan surau bagi Fasa II bangunan Pusat Pengajian Quran (Tahfiz) Yayasan al-Hidayah Miri telah disambung semula dalam minggu ini sejak 22 April 2019.

Pengurus TASKI/Tahfiz ABIM al Hidayah Miri memaklumkan bahawa pihak kontraktor telah mula mengecat dinding surau. Litar elektrik juga telah dipasang tetapi belum sempurna. Beliau berharap sebahagian daripada surau ini sempat disiapkan menjelang Ramadhan.

Pihak Badan Keluarga ABIM (BAKA) [PIBG TASKI] turut berkongsi berita gembira ini dan berharap pembinaan dapat diselesaikan dengan baik. BAKA juga menyeru agar ibu bapa dan ahli masyarakat terus memberikan sokongan terutamanya dari segi dana dalam menyediakan anak-anak generasi kita mendapat didikan agama yang terbaik.

Tuan / Puan boleh melayari laman ini untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan rencana Fasa II bangunan Yayasan al Hidayah di pautan:


Semoga Allah menerima amal kita… amiin.