Monday, March 11, 2019

Jejak Guru & Pelajar TASKI/Tahfiz-ABIM al Hidayah Miri

 
                                
Mukadimah

Alhamdulillah atas kurniaan Rahmat dan Kasih Sayang-Nya, TASKI/Tahfiz-ABIM al Hidayah Miri masih berdiri teguh bertapak di bumi Miri. TASKI ABIM al Hidayah Miri bermula pada tahun 1986 dengan dua guru dan 18 orang murid. Manakala Tahfiz ABIM al Hidayah bermula pada tahun 1999. Kedua-dua institusi ini masih beroperasi sehingga hari ni menyemai benih-benih yang akan menjadi pohonan rendang yang memayungi umat Islam sehingga kini, insyaAllah.
 
Pencarian Jejak Guru & Pelajar

Setelah lebih tiga dekad wujud di Miri, tentunya ramai di kalangan anak-anak dan ibu bapa yang terlibat dengan TASKI/Tahfiz-ABIM al Hidayah Miri. Ustaz Ibrahim Hermanto bin Jepon telah mewar-warkan buah fikiran beliau dalam Majlis Konvokesyen TASKI/Tahfiz-ABIM al Hidayah Miri pada 22 Oktober 2018 mengumpul dan menubuhkan alumni TASKI/Tahfiz-ABIM. Ini bagi mewujudkan kumpulan sokongan yang akan membantu dan meningkatkan daya usaha TASKI/Tahfiz-ABIM al Hidayah Miri dalam masyarakat.

BAKA era 1994
Bersama dengan Badan Keluarga ABIM (BAKA) yang merupakan persatuan ibu bapa guru (PIBG) TASKI-ABIM, satu borang tinjauan diwujudkan. Borang ini bertujuan untuk menjejak semua individu terutamanya guru dan murid TASKI/Tahfiz-ABIM sejak penubuhannya.

Kami mengajak anda yang pernah mengajar sebagai guru atau murid dalam salah satu atau kedua-dua TASKI/Tahfiz-ABIM al Hidayah Miri untuk mengisi borang tersebut di pautan:

Borang: https://goo.gl/forms/AgW9nixX7trKuY113


Garis Panduan Borang

1. Anda dikehendaki untuk mendaftar masuk (log in) akaun emel anda sendiri (lazimnya menggunakan gmail.com).


Klik “SIGN IN” untuk daftar masuk akaun emel anda dengan mengisi kata laluan (password).



 2. Paparan Jejak Guru & Pelajar TASKI/Tahfiz-ABIM al Hidayah Miri akan muncul.



3. Isikan alamat emel anda.



4. Pilih adakan anda pernah menjadi guru atau murid.



5. Pilih mana-mana yang pernah disertai. Anda boleh memilih salah satu atau kedua-duanya sekali.



6. Sila nyatakan tahun anda berada di TASKI-ABIM.



7. Isikan tahun tersebut jika anda pernah menyertai kelas Tahfiz-ABIM.



8. Bahagian 1 telah selesai. Sila klik “NEXT” untuk isian maklumat seterusnya.



9. Anda kini berada di Bahagian 2. Mohon anda mengisi yang berikut:

a) Nama penuh

b) Tempat kediaman terkini

c) Pekerjaan (umum) atau kini belajar di IPT/sekolah

d) No. Telefon

e) Jika terdapat sebarang komen, sila nyatakan.



10. Paparan ini menandakan berakhirnya borang. Terima kasih atas perhatian anda.  












Bantu kami Menjejak yang Lain!


Jika anda mengenali mana-mana rakan sekelas, rakan taulan, anak-anak, anak buah, saudara, jiran-jiran yang pernah mengajar dan belajar di TASKI/Tahfiz-ABIM al Hidayah Miri, kami mengalu-alukan anda mengkhabarkan kepada mereka untuk mengisi borang Jejak Guru & Pelajar TASKI/Tahfiz-ABIM al Hidayah Miri.      

Borang: https://goo.gl/forms/AgW9nixX7trKuY113          



_____________________________________________
NOTA: Perkara ini dipaparkan dalam ruang khas "ALUMNI" dalam salah satu paparan dalam blog ini.