Monday, August 24, 2020

Tahfiz-ABIM ( Sesi Petang)


 
PENDAFTARAN 2024
TAHFIZ - ABIM AL HIDAYAH MIRI
Pengenalan

Tahfiz-ABIM Al Hidayah Miri mengajak warga Miri bersama-sama kami dalam membentuk generasi Al-Quran. Dalam zaman moden yang semakin jauh daripada agama, menjadi peri mustahak membentuk sifat dan jiwa anak-anak sesuai dengan al-Quran dan Sunnah.

Ditubuhkan sejak tahun 1999, Tahfiz-ABIM al Hidayah Miri berperanan dalam membentuk anak-anak dengan pengisian agama secara bersepadu yang berorientasikan sistem pengajian Islam dan al-Quran.

Institusi kami bercorak Tahfiz harian berbeza daripada Tahfiz sepenuh masa yang berasrama yang lain. Pengisian yang seimbang dari segi akal, rohani dan jasmani dibimbing oleh guru-guru yang berwibawa. Mari bersama kami membentuk generasi Al-Quran


Pendaftaran Tahfiz 2024

Pendaftaran dibuka untuk sesi Tahfiz tahun 2023. Dapatkan borang pendaftaran di pejabat Tahfiz-ABIM al Hidayah dengan bayaran RM2.00.

Bersama dengan borang ini mohon sediakan:

1. Dua (2) keping gambar berukuran pasport

2. Dua (2) salinan sijil lahir

Kemasukan Tahfiz-ABIM sesi 2024 adalah terhad kepada 100 orang pelajar sahaja. Pihak kami tidak dapat memberi jaminan terhadap permohonan yang lewat sekiranya jumlah pelajar telah penuh.


Waktu Pembelajaran
Sesi petang:

A. Isnin - Jumaat : 2.00 - 5.00 petang

 Cuti Persekolahan

A. Cuti persekolahan Tahfiz adalah tertakluk kepada cuti-cuti persekolahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan juga hari cuti kebesaran / umum.

B. Bagi pelajar yang mengambil cuti lebih daripada seminggu atau berhenti, dikehendaki menulis surat rasmi ditujukan kepada MUDIRAH Tahfiz-ABIM al Hidayah Miri.


Pembahagian Kelas Tahfiz

Kelas Tahfiz-ABIM terbahagi kepada empat (5) kategori. Tuan/puan boleh memilih menyertai Tahfiz berdasarkan tahap umur yang tersebut:

A. Kelas PRA A: kanak-kanak berumur 5 sehingga 6 tahun

B. Kelas PRA B: kanak-kanak berumur 7 tahun

C. Kelas PRA C : kanak-kanak berumur 8 tahun

D. Kelas TAHAP 1: kanak-kanak berumur 9 tahun

E. Kelas TAHAP 2: kanak-kanak berumur 10 sehingga 12 tahun

Matapelajaran

Tahfiz-ABIM memberi penekanan dalam pembangunan diri anak-anak terutama dari segi keupayaan membaca al-Quran dengan tajwid yang betul. Antara penekanan dalam Tahfiz-ABIM adalah mereka berupaya menghafal Juzuk ‘Amma iaitu Juzuk ke-30 dalam Al-Quran merangkumi 37 surah dari Surah an-Naba’ sehinggalah Surah an-Naas. 

Berikut merupakan sukatan pelajaran Tahfiz-ABIM:

A. Pelajaran Hafazan

Hafazan Wajib
Hafazan Juz' Amma (37 Surah)
Hafazan Doa Harian

B. Pelajaran Fardhu Ain

Al-Quran & Tajwid
Bahasa Arab & Jawi
Aqidah & Ibadah
Sirah & Akhlak

C. Aktiviti Riadah (PJ)


Aktiviti Tahfiz-ABIM

Pelajar Tahfiz juga dibangunkan ilmu dan amalan mereka dengan pengisian ilmu Fardhu Ain. Seiring dengan pengisian akal dan rohani, terdapat juga aktiviti jasmani melibatkan aktiviti riadah di luar seperti sukan memanah. Pelajar terlibat dalam aktiviti yang diadakan di dalam dan luar kelas.


KEMUDAHAN TRANSIT

Bagi murid Tahfiz yang bersekolah di TASKI-ABIM pada sesi pagi, pihak kami membantu ibu bapa mengurus dan menjaga anak-anak anda sebelum sesi Tahfiz bermula pada jam 2:00 petang.

A. Anak-anak bersiap mandi dan berkemas selepas selesai sesi TASKI pada sebelah pagi yang tamat pada 12:00 tengahari. Dalam tempoh sehingga 2:00 petang, murid berehat dan makan tengahari disediakan.

B. Ibu bapa diminta untuk menyediakan:
i. Tuala mandi
ii. Peralatan mandi dan berus gigi
iii. Bantal / tilam kecil

C. Bayaran bagi kemudahan ini adalah RM150.00 setiap bulan.


PEMBAYARAN YURAN

A. Yuran pendaftaran Tahunan RM50

B. Yuran Bulanan RM180 

C. Yuran hendaklah dijelaskan sebelum atau pada minggu pertama setiap bulan.

D. Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan Ringgit Malaysia (RM) atau cek atas nama ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) MIRI.

E. Sekiranya tuan/puan gagal menjelaskan yuran tersebut, anak tuan/puan mungkin akan DIBERHENTIKAN daripada meneruskan sesi persekolahannya di Tahfiz.


BUTIRAN PEMBAYARAN PENGAJIAN DI TAHFIZ -ABIM AL HIDAYAH

A. PAKAIAN SERAGAM TAHFIZ



No.
Pakaian
Harga Seunit (RM)
1.
Baju seragam lelaki dan perempuan*

Saiz
XS
40.00
S
40.00
M
40.00
L
45.00
XL
XXL
45.00
45.00
2.
Baju t-shirt (riadah)
40.00
*Pakaian murid perempuan beserta tudung 
*Setiap tambahan samping/tudung RM10.00 (Sepasang)
*Setiap hari jumaat pelajar dikehendaki memakai jubah putih- bersongkok (Lelaki) / Tudung hijau (Perempuan) 
*Boleh menggunakan baju seragam Tahfiz-ABIM jika tiada jubah putih.


B. 
BAYARAN YURAN AWAL TAHUN Tahfiz PRA A (5-6 tahun)



1

PENDAFTARAN

RM 50.00

2

YURAN BULANAN

RM180.00

3

BUKU TEKS & LATIHAN

RM 85.00

4

AL-QURAN TRACING WORKBOOK JUZ 'AMMA (UNTUK 6 TAHUN) & DOA HARIAN

RM 30.00

5

BUKU REKOD (UNTUK 3 TAHUN)

RM 7.00

6

TANDA NAMA (3 PCS)

RM 10.00

7

SUKANEKA & KONVO (BAJU SUKAN & HADIAH)

RM 50.00

8

SUMBANGAN PEMBANGUNAN

RM 20.00


JUMLAH

RM 432.00



  
  
C.  BAYARAN AWAL TAHUN Tahfiz (PRA B, TAHAP 1 dan TAHAP 2)

                            

1

PENDAFTARAN

RM 50.00

2

YURAN BULANAN

RM180.00

3

BUKU TEKS & LATIHAN

RM 100.00

4

AL-QURAN TRACING WORKBOOK JUZ 'AMMA (UNTUK 6 TAHUN) & DOA HARIAN

RM 30.00

5

BUKU REKOD (UNTUK 3 TAHUN)

RM 7.00

6

TANDA NAMA (3 PCS)

RM 10.00

7

SUKANEKA & KONVO (BAJU SUKAN & HADIAH)

RM 50.00

8

SUMBANGAN PEMBANGUNAN

RM 20.00


JUMLAH

RM 447.00


**Sumbangan pembangunan hanya salah seorang sahaja dikenakan jika mempunyai adik beradik yang menuntut pengajian di Tahfiz-ABIM.
** Bagi ibubapa/penjaga yang mempunyai anak 3 @ lebih (adik beradik) menuntut pengajian di Tahfiz-ABIM kadar yuran bulanan RM 160.00 (seorang) sahaja.

Pihak Tahfiz-ABIM al Hidayah ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada ibu bapa / penjaga kerana memberi kepercayaan untuk anak kalian membangun bersama Tahfiz-ABIM. Semoga Allah memberkati. 

Sebarang pertanyaan boleh mengunjungi atau menghubungi kami:

Tahfiz-ABIM Al Hidayah Miri
Lot 2387, Jln Galing,
Piasau Jaya, Fasa 2,
98000 Miri, Sarawak.

Tel/faks     : 085-658879 (Pejabat)
Whatsapp  : 011-3329 8689 (Mudirah)
                    : 019-848 7894
                   

"Ke Arah Membentuk Generasi Al-Quran"


Thursday, November 21, 2019

Bomba Datang Lagi! 2019



Kehadiran pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Miri pada 20 November 2019, Rabu lalu amat mengujakan warga TASKI-ABIM al Hidayah Miri. Seminggu sebelum program diadakan, cerita bomba akan datang ke sekolah sudah pun tular di kalangan anak-anak. Mereka begitu bersemangat menantikan ketibaan wira dan jentera penyelamat mereka. 


TASKI-ABIM al Hidayah Miri mengucapkan terima kasih atas kesudian pasukan Bomba hadir ke sekolah kami pada 2019 kali ini. Seramai 10 orang anggota Bomba dengan sebuah jentera bomba dan sebuah ambulans bomba terlibat kali ini. Pasukan ini berpangkalan di Balai Bomba Lopeng (jalan Bypass Miri) ini diketuai oleh pegawai Tuan Nasir. Bahkan ada di kalangan ahli Bomba tersebut yang menghantar anak mereka di TASKI ini. 


Pada awalnya, taklimat menghadapi bahaya api dan tips keselamatan telah disampaikan oleh Tuan Nasir sendiri. Murid telah ditunjukkan amali menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan kebakaran. Taklimat tersebut amat ‘meriah’ kerana interaksi yang aktif daripada anak-anak TASKI.


Gambar: Murid menaiki kenderaan ambulans Bomba iaitu Emergency Medical Rescue Services (EMRS) 


Kemudian mereka dibawa meninjau jentera dan ambulans Bomba dan dibawa masuk melalui pengalaman berada dalam kenderaan tersebut. Daripada riak wajah mereka sememangnya amat mengujakan. 
 

Anak-anak juga diberi peluang untuk memegang hos bomba sepertimana memadam api kebakaran. Dan akhirnya - anak-anak bermandikan siraman hos Bomba bak seperti hujan.




Pihak BAKA (Badan Keluarga ABIM) badan PIBG TASKI mengucapkan terima kasih kepada pasukan Bomba atas kesudian bertandang di sini. Cenderahati kepada pihak Bomba telah disampaikan oleh Pengerusi BAKA, En. Azrul bin Jaini. 


Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat bermanfaat buat anak-anak dan keluarga. Semoga tabah berkhidmat menggadai nyawa demi keselamatan masyarakat. Sehingga bertemu tahun hadapan, insyaAllah. 

Kenangan TASKI-ABIM al Hidayah Miri bersama Bomba, 2019